Panduan untuk membeli gitar

 

Sebagai panduan dan rujukan semua, kat sini aku akan kongsi sikit tips yang perlu korang buat sebelum nak beli gitar. Tips ni tak la 100% boleh diguna-pakai, lebih-lebih lagi pada yang dah kategori otai. Tapi mungkin dapat la membantu sikit kepada yang beginner. Semoga perkongsian ni dapat bagi manfaat pada korang sebelum beli gitar.

1


Tengok Budget Anda.

Ini paling penting! Semak akaun bank korang, berapa banyak balance yang ada. Yang penting jangan guna semua duit korang ada, simpan sikit untuk masa depan.

Untuk permulaan, baik korang gunakan dalam RM100-RM300. Tak payah beli gitar mahal-mahal atau branded dulu. Pakai gitar paling mahal pun belum tentu korang terus jadi power. Yang mahal tak semestinya bagus, yang bagus tak semestinya mahal (petikan iklan sabun).

Kalau budget di bawah RM100, aku rasa korang bersabar la dulu. Simpan sehari 50 sen, dah cukup duit baru boleh beli. Nasihat aku, jangan beli gitar yang terlalu murah sebab takut korang akan berdepan masalah neck melengkung, bridge tersembul & sebagainya.

Sediakan budget mengikut kesesuaian & keperluan, jangan ikutkan nafsu sangat.


 

Jenis Gitar.

Untuk permulaan, aku huraikan 3 jenis gitar yang umum iaitu Electrical (gitar elektrik), Acoustic (lebih terkenal dengan nama gitar kapok) dan Classical (gitar klasik). Kat sini aku akan huraikan jugak pro & contra gitar-gitar ni. Paling penting! Pilih gitar yang sesuai dengan apa jenis muzik yang korang nak main.

1. Electrical.

2

Kalau dah namanya gitar elektrik, pastinya memerlukan kuasa elektrik untuk menghasilkan bunyi (Kalau takde letrik, baik x payah beli la!). Gitar yang cukup sinonim dengan genre lagu seperti Rock, Metal, Blues & banyak lagi la.

Kelebihan :

  • Senang nak main sebab fretboard yang lebih kecik & nipis serta string yang lebih halus.
  • Skop yang lebih meluas sebab boleh ditambah dengan effect macam distortion, reverb, delay, wah-wah & banyak lagi.
  • Banyak design yang memikat kalbu.
  • Mudah dari aspek penjagaan & repair. Biasanya masalah paling kerap macam pickup tak function, volume knob tak betul. Jarang sekali la berdepan masalah body. Parts pun senang dapat & harga berpatutan.

Kelemahan :

  • Kena beli 1 set termasuk sekali dengan guitar amp. Untuk permulaan, guitar amp 10W-30W pun dah memadai. Harga lingkungan RM100-RM300.
  • Gitar elektrik tak boleh dimainkan kat tempat yang takde bekalan elektrik.
  • Sesetengan gitar elektrik terutama yang murah, sangat mudah lari tune. Jadi kena selalu tuning semula.

2. Acoustic.

3

Kalau kat Malaysia ni sangat dikenali dengan nama gitar kapok. Ada beza antara gitar acoustic dengan gitar classical iaitu pada jenis string. Acoustic menggunakan steel-base string manakala classical menggunakan nylon-base string.

Kelebihan :

  • Tak payak pakai amp.
  • Boleh pikul pergi mana-mana je kecuali masjid, tanah perkuburan, muzium & sebagainya.
  • Bunyi dah cukup kuat sebab pakai steel-base strings.
  • Agak flexible dengan berbagai variasi muzik.
  • Jarang mengalami masalah tune lari sebab saiz string yang lebih lebar kecuali loose nut.

Kelemahan :

  • Memerlukan lebih penjagaan & kos repair agak mahal. Ramai yang tak reti bela gitar ni.
  • Purata gitar acoustic lebih mahal lagi-lagi kalau dah masuk kategori vintage.
  • Kebanyakan beginner akan give-up dengan alasan susah nak main, tali keras, tak boleh tekan, jari tak sampai & sebagainya.
  • Ada sesetengah gitar mempunyai fretboard & body yang agak besar saiznya.

3. Classical.

4

Hampir sama dengan gitar acoustic tetapi menggunakan nylon-base strings.

Kelebihan :

  • Sesuai untuk lagu klasik, Spanish Style Flamenco, Bossa Nova & fingerstyle technique.
  • Nylon-base strings walaupun tebal tetapi lembut & mudah dimainkan. Sangat sesuai untuk beginner.
  • Bunyi yang lebih lembut & romantik gitu.

Kelemahan :

  • Genre muzik agak terhad.
  • Jarak antara strings & antara fret yang besar, fretboard yang lebih lebar. Gitar ni agak susah dimainkan oleh mereka yang mempunya jemari yang kecil & comel.
  • Penjagaan & kos repair yang agak mahal.
  • Kebanyakan gitar classical yang elok ni harganya jauh lebih mahal. Vintage classic, lagi la mahal! Boleh jejak juta woooo.

Pilih gitar yang sesuai dengan citarasa & genre muzik korang. Tapi untuk permulaan, beli gitar acoustic. Memang susah dimainkan mula-mula, tapi kalau rajin, banyak berlatih, lepas ni korang mesti takde masalah kalau main gitar electrical. Kalau nak beli strings untuk gitar acoustic, beli la yang extra light sebab string jenis ni lebih senang nak main cuma bunyi dia tak sekuat kalau guna medium atau heavy strings. Pilih gitar yang saiz body lebih kecik seperti Triple-O type atau Double-O type. Elakkan D-type atau Jumbo type, nanti besar gedabak korang nak pikul.


 

Persediaan

Budget dah ada, dah tahu nak beli gitar apa. Tapi!!! Ada lagi!!!

  • Belajar pegang gitar, petik sikit-sikit, kenali kord gitar & lain-lain. Permulaan, mintak tolong member-member yang dah pandai tu ajarkan. Kalau perlu, ikut kelas. Boleh beli buku panduan asas atau google pun boleh tapi kena belajar dari yang pandai jugak untuk teknik yang lebih betul.
  • Usha kedai-kedai gitar, buat perbandingan harga. Cuba buat perbandingan antara gitar mahal & gitar murah, tengok brand serta finishing gitar tu. Sembang-sembang dengan orang kedai tu, curik sikit ilmu dia.
  • Mintak kebenaran cuba main gitar kat situ. Cakap je yang korang baru nak belajar main tapi datang kedai tu bukan nak beli terus. Kalau dia layan korang walaupun korang dah cakap macam tu maknanya kedai tu terbaik tapi kalau layanan korang dapat macam pundek, angkat kaki je la.
  • Survey harga kat internet, buat perbandingan dengan harga pasaran. Tapi lebih baik jangan beli online la, dikhuatiri korang menyesal nanti.
  • Ajak member korang yang dah biasa main gitar, sedikit sebanyak dia boleh tolong decide gitar apa yang sesuai untuk korang. Boleh jugak mengelakkan korang kena kencing dengan salesman.
  • Kalau nak beli gitar, test dulu. Jangan ambik terus bayar je. Kalau gitar electric, try cucuk kat amp. Tengok pickup ok ke tak. Mintak orang kat kedai tu tolong tune, try petik tengok fret ada bunyi sumbang ke tak.
  • Warranty paling penting, mana la tau kot gitar tu ada masalah ke apa ke. Brand macam Fender, Gibson, Ibanez, Floyd Rose, Yamaha & lain-lain mesti ada warranty card. Check jugak ketulenan brand tu.
  • Beli jugak aksesori gitar seperti guitar case, strap & strings set spare.

Ok, sikit info aku dah bantu untuk rujukan korang terutamanya beginner. Jangan malu bertanya orang lain & jangan malas nak buat research. Yang penting, minat kena dalam!

Dah, apa tercongok lagi? Semoga anda berjaya dengan pencarian anda!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s